Sunday, 13 January 2013
Menurut Ibnu Qayyim,
"bagi menilai keikhlasan hati, kita sewajarlah melihat dahulu keseluruhan kewajiban kita kepada Allah SWT. Sekiranya kita dapati terdapat kekurangan maka segeralah kita mencari jalan untuk menambahkannya. Lihatlah kembali tujuan kita di jadikan iaitu sapertimana yang termaktub di dalam Al Quran
“Tidak Aku jadikan Jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)” [Adz- DZariyat: 56]
Selain itu kita juga perlu perhatikan adakah semua larangan Allah kita lakukan atau pun tidak? Apabila menyedari kita melakukannya kita diseru supaya bersegeralah bertaubat., memohon keampunan daripada Allah SWT dan segeralah melakukan kebaikan bagi menghapuskan dosa. Iringi lah kejahatan yang kita telah terlanjur itu dengan kebaikan yang banyak…mudah-mudahan ini membuktikan bahawa kita betul-betul menyesal dan bertaubat dan tidak ingin kembali melakukan dosa kepada Allah SWT.
Ibnu Qayyim mengingatkan kita lagi bahawa salepas itu kita ingatkan pula bilakah masa kita lalai dari menunaikan perintah Allah? Sekiranya menyedari sudah melakukannya, segeralah kembali mengingati Allah dan menyebut nama-namanya.
Seterusnya , cuba kita menilai kembali apakah kata atau ucapan yang kita sebut atau luahkan, adakah selaras dengan kehendak ugama? Adakah mengumpat dan mencaci, mengatakan keburukan orang sebagai amalan biasa kita! atau pun berkata sesuatu yang pada umumnya baik tetapi bukan kepada yang berhak. Memuji suami atau isteri orang kepada pasangan kita…mengucapkan sayang pada orang yang tak sepatutnya sehingga meruntuhkan rumahtangga dan lain-lain lagi…nilailah dahulu percakapan kita…Jika tersilap cepat-cepat menyesal dan bertaubat kepada Allah…kembali kepada Allah…
Kemudian nilaikan pula tentang pegerakan seluruh anggota badan, apakah yang dilakukan itu untuk tujuan baik atau sebaliknya. Setiap kali kita melakukan sesuatu, dua perkara yang mesti kita fikirkan iaitu untuk siapa kita lakukan semua itu dan bagaimana cara kita melakukannya?
Adakah pengerakan anggota kita pergi ketempat maksiat atau bertemu dengan pasangan yang bukan muhrim yang dilarang syarak…dan pelbagai lagi…jika ada kembalilah bertaubat…
Pertanyaan –pertanyaan di atas adalah bagi menilai samada kita ikhlas dan taat dengan apa yang kita lakukan kepada Allah SWT. Ada kemungkinan apa yang lakukan selama ini bukan kerana Allah tetapi kerana sebab-sebab lain saperti untuk mendapat sanjungan atau terpaksa kerana ingin menjaga hati manusia.
Sehubungan dengan ini Allah SWT menjelaskan di dalam firmanNya yang bermaksud...
“Sesungghnya Kami akan menanyai umat-umat yang telah diutuskan Rasul-Rasul kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan bertanya kepada Rasul-Rasul Kami. Kemudian Kami akan khabarkan kepada mereka apa-apa yang telah mereka lakukan sedangkan Kami mengetahui (keadaan mereka), dan Kami sabenarnya tidak jauh dari mereka [AlA’raf:6-7]
Menurut Qatadah, Allah SWT bertanya kepada setiap hamba tentang nikmat yang diberikan kepadanya. Dua nikmat itu ialah
1. Apakah nikmat yang diperolehi itu dengan cara yang diredhai Allah kemudian dibelanjakan sebagaimana yang sepatutnya dan bagaimanakah kamu bersyukur dengan nikmat itu?
2. Adakan nikmat yang diperolehi itu dengan cara yang tidak di redhai Allah dan dibelanjakan kepada yang bukan haknya? Lalu dimanakah kenikmatan itu dibelanjakan?
Mereka yang terpilih untuk dipertanggungjawabkan atas perkara ini tidak boleh lari daripada menyatakan perkara yang sebenar. Sakiranya kita laksanakan sesuatu bukan kerana Allah tetapi kerana sebab-sebab lain maka kita tidak akan selamat di Akhirat kelak. Ini kerana ketujuh-tujuh pancaindera itu menjadi saksi dan menyatakan apa yang sabenarnya yang dilakukan.
Allah berfirman yang bermaksud…
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta mempertanggungjawabkan” [Surah Al Israk: 36]
Di dunia kita mungkin boleh terselamat dari penglihatan atau pengetahuan manusia tetapi yakinlah kita tidak sekali-kali dapat lari dari penglihatan dan pengetahuan Allah SWT.
Maka adalah lebih baik kita terlebih dahulu, membuat pernilaian diri sabelum Allah membuat penilaian terhadap kita pada hari Kiamat nanti.
Sumber : http://pepitasngo.blogspot.com/2013/01/cara-menilai-keikhlasan-menurut-ibnu.html
Sumber : http://pepitasngo.blogspot.com/2013/01/cara-menilai-keikhlasan-menurut-ibnu.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment